Sunday, March 2, 2014

#56 : Gampang.

Meriak.
Membangga diri.
Cakap degar.
Lagak hebat.

Layan, bertambah bongkak.
Diam, dituduh pulau.
Tegur, dikata cemburu.
Gurau, katanya perli.
Mengikut, bilangnya berpengaruh.
Mengabai, disebut tak menyokong.

Jadi, bagaimana?
Diambil jalan diam dan senyum melayan.
Buruk kau, kawan kau simpan.
Kemas.

Tiba-tiba saja, kau berkokok pada ramai.
Sahabat susah dicari.
Senangnya ramai.
Susahnya seorang.

Berkisahlah pada segenap pelosok, kau punya kawan.
Kawan tak berguna.
Kau buruk-burukkan.
Simpati ditagih.
Kaulah baik.
Merekalah palat.
Dunia simpati.
Puaslah hati.

Kawan kau juga sekarang burukkan kau.
Sama kan sekarang?
Tiada beza.
Disimpan pun, masih diburukkan.
Peduli apa.

Fak.
Fakof.
Fakiu

Sunday, February 2, 2014

#55 : Penat.

Dia sengaja tak bercerita tentang penat-penat yang dialami.

Penatnya lebih dari penat orang yang bercerita penatnya hidup pada dia.

Sengaja dia tak bercerita. Moga-moga orang lain juga tidak penat mendengar cerita penatnya.

Malangnya, dia disalah anggap. Dia dianggap tak pernah mahu bercerita tentang hidupnya. Tentang penat-penatnya hidup.


Dia kini betul-betul penat. Tapi hanya terus mendiam. 

Saturday, January 4, 2014

#54 : Beza.

Dunia bulat. Ada manusia di atas, manusia di bawah, manusia di kiri, kanan, depan, belakang. Kita ada di mana?

Dunia bulat. Diri baik, jangan mimpikan orang lain juga baik. Diri jahat, jangan fikir orang lain sama jahat. Kau, kau. Aku, aku. Sama? Tidak.

Tak boleh nak fikir orang lain sama seperangai. Ini realiti. Realiti hidup. Susah mana pun, perlu ditelan yang orang lain tak sama perangai.

Bersabarlah.
Bertenanglah.
Bertabahlah.

Dunia bulat. Tak menarik jika dunia ini mendatar.

Saturday, October 26, 2013

#53 : Pudar.

Yang hanya tergedik-gedik, terkinja-kinja, terfikir-fikir, terbayang-bayang untuk memperkenalkan seseorang pada semua orang, hanyalah aku.

Tidak dia. 

Sunday, October 20, 2013

#52 : Pudar.

Lunch hour tadi terus jadi runsing. Tiba-tiba. Entah apa yang dirunsingkan. Aku pun tak tahu. Balik rumah malam, kepala masih pusing. Sembang jadi tak kena. Senyum jadi simpul. Makan jadi tak lalu. Walau tak lalu, tiga biji burger selamat masuk perut.

Sampai sekarang masih rasa macam ada benda yang tersangkut. Dalam hati. Dalam jiwa. Dekat kerongkong. Mungkin sebab fikir, apa yang aku ada sekarang sebenarnya boleh lesap macam tu saja.

Macam makwe yang dilamar orang. Macam itu.

Thursday, September 19, 2013

#51 : Naik.

Dia hidupkan motor Suzuki secondhand apa entah model motor itu yang baru abahnya beli bulan lepas. Sedap bunyi deruman enjin. Kedengaran lembut. Biasa, motor janda bergetah berkondisi Nora Danish.

Dengan bekalan minyak tiga ringgit, dia tunggang motor itu sehingga ke Ipoh yang jaraknya 30 minit lebih kalau pusing pemulas minyak sampai habis. Tiga ringgit minyak yang diisi, balik kembali dari Ipoh, jarum meter minyak dah rapat sampai terlebih dari takat empty.

Kalau dulu isi tiga ringgit pergi balik Ipoh, ada baki lagi boleh dipakai sehari dua lepas tu. Lepas harga minyak naik, pergi tiga ringgit, balik dua ringgit. Tiap hari nak kena topap minyak.

Jahanam. Memang jahanam poket macam ni.    

Monday, September 16, 2013

#50 : Kontrak.

Perkara pertama bila Salman bertemu dengan ex-rumetnya yang menetap di Sabah, dia tanya,

“Mana awek kau yang kau cerita dulu? Panggil dia lepak sini nak tengok face-to-face.”

Ex-rumet Salman tenang jawab,

“Kontrak dah habis bro.”